Bab 1
Pagi yang tenang dapat dirasai walaupun aku masih terperuk
didalam kotak kehidupan yang baru. Hanya menanti sisa yang tinggal untuk
disambung kembali. Hidup ini terlalu berat untuk aku lalui. Namun, inilah dunia
manusia. Sejak kakiku melangkah keluar daripada dunia yang penuh dengan
kekejaman manusia yang menanti masa untuk ditelan bumi, namun aku masih diberi
peluang untuk menangguh kematian aku.
Warung Pak Uda memang tempat faveret aku untuk sarapan
sebelum ketempat kerja. Warung yang sentiasa sarat dengan pelanggan yang keluar
seawal pagi untuk mencari sesuap nasi. Aku? Aku perlukan kehidupan yang baharu.
Nasib menyebelahi aku kerana masih ada orang yang sanggup untuk kutip aku. Kematian
ibu menyebabkan hidup aku sengsara. Tetapi aku tidak boleh menyalahkan tuhan
atas apa yang berlaku. Aku berharap bebasnya dari cengkaman Maklong Rita akan
membawa aku jauh dari dia. Pembunuh senyap.
“Riz, jaga
diri kau tu. Sabar tau. Tabahkan hati kau ya. Kak Yan pergi kerja dulu. Kau
jangan lambat pulak. Abaikan kata-kata diorang tu, hari-hari kau dengar benda
yang sama. Nanti diorang senyap lah tu.” Aku anggukkan saja kata Kak Yan, yelah
dia yang jaga aku lepas keluar dari neraka dunia tu. Walaupun kena caci dengan
orang sini, aku peduli apa. Aku akan keluar dari sini. Fitnah memang cepat
orang percaya dari dengar kebenaran.
*****
Tiga bulan berlalu,
“Kak Yan,
Riz rasa cukuplah ni Kak jaga Riz, tolong carikan kerja untuk Riz, bagi tempat
tinggal. Riz dah rasa terhutang budi sangat ni.”
“Apa Riz cakap macam tu pulak. Dulu masa
akak susah Riz banyak tolong akak tau. Akak ni bukannya tak reti balas budi.
So, kira kosong-kosong ya…ehehe”
“Kak just nak
mintak Riz lebih hati-hati lepas ni tau.”
“Baik kak.
Riz pergi dulu tau. Kirim salam orang kampng..haha.”
“Haa,
baiklah. Tapi kamu betul ni ke nak sambung belajar ni?”
Aku memperkemas semua beg untuk dibawa bersama. Cukup lah tu
aku menyusahkan orang. Dan cukuplah sudah duit aku nak sambung belajar ditambah
pula dengan duit peninggalan arwah baba dan arwah ibu. “Ya Kak Yan. Dah lama
Riz nak sambung belajar, lagipun Riz pun dah lama habis diploma.” Aku senyum
pahit. Aku tahu Kak Yan sedih sebab aku nak tinggalkan dia. Dia pun kematian
suami. Anak pun tiada. Bertambah sunyi hidup dia nanti selepas aku tiada nanti.
Kak Yan menyeka air mata yang tumpah itu dan terus tersenyum
memandangku. “Kamu sampai sana nanti nak duduk rumah siapa? Pendaftaran masuk
kolej kamu pun ahad…dua hari dari sekarang?” aku duduk kembali disebelah Kak
Yan. “Jangan risau ya, Riz ada kawan yang boleh tumpangkan tidur.” Aku memegang
kedua belah tangan Kak Yan memastikan dia bahawa aku boleh pergi sendiri. Aku
bangun, mencapai semua beg aku dan pastikan tiada yang tertinggal lalu aku
berjalan ke Terminal Batu Gajah. Untung rumah Kak Yan berdekatan dengan
terminal. Mudah sikit pergerakkan aku.
Tiket menunjukan waktu bas bertolak ke terminal bas
sementara Shah Alam seksyen 13 pada jam 12.30 tengahari dan masa berbaki
setengah jam itu aku gunakan untuk menyemak semua dokumen-dokumen penting untuk
kemasukan kolej nanti. Sempat aku bawa keluar semua dokumen sebelum aku diusir
keluar dari neraka dunia rekaan Maklong Rita. Tapi lupakan. Semoga arwah
Maklong digolong dalam kalangan orang yang beriman.
Petang yang suram
menanti senja untuk melabuhkan tirainya. Aku baru sahaja selesai mandi. Tuala
katun itu memang aku khaskan untuk mengeringkan rambut. Aku membongkokan badan
kerana ingin mengelap dari hujung kepala dan aku merasakan ada sentuhan di
belakang badan aku hingga hamper mengenai punggung. Aku segera menoleh dan
memusingkan badan namun langkahku tersilap lalu jatuh ke atas badannya. Maklong
Rita yang kebetulan ada disitu terus menjerit bagai dirasuk hantu menyalahkan
aku. Berbagai cacian aku dapat ketika itu. Nak tahu kenapa dia marah sangat?
Sebab aku jatuh atas laki dia. Dia menuduh aku ingin merampas suami barunya.
aku tidak diberi peluang bersuara dan terus diusir keluar. Itu adalah kebebasan
bagiku.
Malam itu, sarat
dengan beg aku keluar dari rumah. Maklong? Muka serupa taik memandangkan kearah
aku. Aku menunjukkan jari tengah sambil jerit “Kau bodoh”. Berubah langsung air
mukanya menahan marah. Aku berlari keluar sambil dikejar Maklong yang berkaki
ayam pada ketika itu. Aku Berjaya menyeberangi jalan besar itu tetepi tidak
maklong. Bunyi hon lori yang kuat memecahkan kesunyian pada alam itu seraya
dengan jasad maklong yang tercampak ke dalam longkang besar bersebelahan masjid
di lorong jalan rumah Maklong. Waktu seakan terhenti seketika. Orang ramai
sudah mulai menggerumuni Maklong. suaminya terangkung dan menangis hiba. Aku
kaku menyaksikan drama sedih tanpa pengarah. Aku berlalu pergi.
“Plusliner, ke Shah Alam 12.30! Plusliner ke Shah Alam!”
tersentak aku dari lamunan. Aku menyerling sekilas jam Casio berwarna emas
pemberian arwah ibuku semasa pertama kali aku melanjutkan pengajian diploma ke
universiti. Aku pegang kemas tiket sambil jalan menuju ke konduktor bas. Single
seat rupanya. Dapatlah aku tidur dengan tenang. Perjalanan mungkin memakan masa
selama dua jam dan pasti aku akan mengantuk. So, baik aku tidur untuk
mendapatkan mata yang segar sebaik sampai disana nanti.
Gelap. Aku dimana? Mana semua orang? Hanya aku dan sepohon
pokok kering yang hanya tinggal ranting menunggu masa untuk mati. Dedaun yang
kering mula berguguran menyembah bumi. Sungguh gelap. Tidak sedikit pun
terlihat bayang aku sendiri. Aku sudah mati kah? Aku terlihat satu lubang
cahaya dan laju kakiku menuju kesana. Semakin aku laju semakin jauh cahaya itu
meninggalkan aku. Kakiku berhenti melangkah.
“Kau rasa
kau boleh hentikan semua ni? kau boleh hentikan aku?!” suara itu bergema hampir
memecahkan gegendang telinga. Dari mana ia datang? Mata aku melilau mencari
gerangan siapakah milik suara itu. Namun kosong. Ruang yang gelap. Seraya ia
ketawa besar melihat keadaan aku. Bingung. Apa semua ni? aku tak faham. Pelbagai
soalan bermain di benak aku. Ia hilang. Tidak lama selepas itu badanku bagai
ditarik seperti vakum pembersih dan …
Mata aku terbeliak besar memerhatikan sekeliling. Aku bermimpi?
Kenapa macam betul? “Awak okay? Saya nampak awak terkejut tadi, mimpi seram ke?”
minah bertudung coklat ini menegur aku. Aku hanya mampu tersengih je. Malu jugak
terkejut macam tu. Gadis itu pun tersenyum memandang aku. Mimpi yang tadi aku
abaikan kerana sudah sampai ke destinasi. Selamat datang ke Shah Alam. Jerit dalam
hati je. Memandangkan beg aku yang banyak aku letakkan di bahagian hadapan
tempat letak bagasi, maka aku pun mendahului penumpang yang lain bagi
memudahkan proses pemunggahan beg mereka.
Aku letakkan
barang-barangku di bawah meja makan. Aku berjalan dihadapan mencari kelibat
Zira. Sahabat kecilku yang kini sudah berhijrah ke seksyen 17 Shah Alam
mengikut suaminya. Kawin muda. Sudah bahagia rumahtangga dia. Hidup aku? Hancur. sekarang masa untuk aku pandang kehadapan. Dari jauh aku memandang pejalan kaki wanita yang berkacamata RayBan itu dilengkapi dengan tas tangan jenama Gucci berwarna hitam berjalan diantara penumpang-penumpang dari Bangladesh menuju ke arahku. dan betul dihadapan aku. Dia menanggalkan kacamatanya.
"Lah, kau ke? Lain betul. Sumpah aku tak kenal kau tadi. Fikir artis mana tadi bangla dok usya. Haha." Aku bergurau.
"Kurang asam kau. Memang nak perli aku kan sebenarnya. Mana barang kau? Jom. Panas ni. Cair mekap I tau." Zira ketawa kecil. Dia memang dah makin cantik sekarang. Dah ada orang jaga.
Kami berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Terkesima aku melihat Mercedes Benz berwarna silver milik Zira. Ini betul kaya. Apa yang suami dia buat? Tiba-tiba pulak aku teringin nak ambil tahu hal rumah tangga Zira ni.
"Tutup sikit mulut tu Riz, nanti bangla cium baru tahu...hahaha" melawak pulak perempuan ni. "Biar betul weh ni kereta kau? Suami kau belikan?" soalku sambil laju tanganku memasukkan barang-barang di but kereta. Zira tidak menjawab hanya mengenyit mata kepada aku.
Mercedes Benz milik Zira meluncur laju meninggalkan perkarangan Terminal bas itu lalu memasuki jalan raya yang penuh sesak. Maklumlah waktu begini semua penjawat awam mahupun swasta dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Suasana Shah Alam tak pernah tak sesak. Wajah Zira tenang memandu sepanjang kesesakkan perjalanan sambil diselitkan hilai tawa kami maka tak bosan lah Zira memandu. Setelah hampir setengah jam menempuh kesesakkan, akhirnya kami sampai.
No comments:
Post a Comment